Monday, May 9, 2011

Asiah Binti Muzahim


Wanita itu bernama Asiah binti Muzahim. Seorang wanita Mesir yang tergolong baik. Berkahwin dengan Fir'aun, Raja Mesir yang berkuasa disaat itu. Dia amat dicintai Fir'aun, kerana selain cantik. Asiah memiliki kecerdasan dan budi bahasa yang lembut. Bahkan kecerdasan otaknya telah sering menyelamatkan negara dari berbagai bencana. Ketajamannya berfikir mampu menumbuhkan masyarakat yang penuh keamanan. Penderitaan mampu diubahnya menjadi rahmat bagi seluruh ummat dan rakyat. Dengan demikian, dia amat disayangi raja, meskipun tidak rnempunyai keturunan dan dengan bantuan Asiah-lah, Fir'aun menjadi raja agung yang paling cerdas. Fir'aun adalah raja di masa Nabi Musa AS yang diutus untuk menyebarkan agama Allah. Sejarah telah mencatat betapa sayang Asiah kepada Musa, yang diangkatnya sebagai anak. Sejarah mengisahkan demikian. Saat itu, Asiah isteri Fir'aun itu sedang duduk di taman dengan dikelilingi oleh dayang-dayang. Di dalam istana itu mengalir sungai yang menyeberangi istana. Terlihat olehnya sebuah peti terapung di sungai. Setelah tinggal beberapa meter di tepian. Asiah menyuruh salah satu dayangnya untuk mengambil peti itu. Setelah dibuka betapa terkejutnya mereka, kerana di dalamnya tergolek seorang bayi yang begitu molek dan sihat tubuhnya. Seketika itu juga jatuh rasa sayang dan cinta Asiah kepada anak itu. Allah memang berkuasa alas segalanya. Segera diperintahkan untuk membawa dan memelihara bayi itu sebagaimana mestinya. Dalam hatinya terlintas akan menjadikan anak itu sebagai anak angkatnya. Sebab, ternyata sampai saat itu dia tidak dikurniai anak seorang pun. Penemuan tersebar sampai kepengetahuan Fir'aun, suami Asiah. Saat itu Fir'aun sedang sibuk memerintahkan pembunuhan terhadap setiap bayi dari golongan Yahudi. Ini disebabkan ramalan para juru nujum istana tentang mimpi Fir'aun yang menakutkan. Mereka menasihatkan agar Fir'aun berhati-hati terhadap seorang bayi laki-laki yang akan lahir di masa ini. Bayi itulah yang kelak akan menghancurkan dan merosakkan kerajaan yang dibangunnya itu. Tentu saja membuat Fir'aun segera memerintahkan untuk membunuhnya. Sayangnya, isteri tercintanya menghalang dia berbuat demikian. Asiah pun merayu Fir'aun agar diizinkan mengambil bayi itu sebagai anak angkat.
"Bukankah kita tidak mempunyai anak, suamiku?. Biarlah anak ini kita ambil menjadi anak kita. Janganlah dia dibunuh, aku sudah terlanjur cinta kepadanya. Mungkin kelak setelah dewasa dia akan memberi manfaat kepada kita berdua."
Fir'aun pun mengkabulkan permintaan isterinya itu. Asiah merasa aman membesarkan anak yang diberinya nama Musa di dalarn istana Fir'aun oleh Asiah sampai dewasa. Kisah selanjutnya telah banyak kita dapatkan dari sejarah. Bahkan Al-Quran pun meriwayatkan. Dan pasti setiap orang yang beragama akan mengerti dan memahami kisah itu.
Asiah, ketika Musa as. mulai berdakwah menyebarkan agama Allah telah memastikan diri sebagai salah satu pengikutnya. Asiah termasuk dalam mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Fir'aun yang mengetahui isterinya berpaling darinya, menjadi bendera permusuhan telah menggantikan kasih sayangnya selama ini. Asiah tidak mempedulikan semuanya. Tidak takut pula terhadap ancaman Fir'aun yang kejam,Asiah sepenuhnya faham dan menyedari bahawa apa yang dilakukan dan diimaninya itu adalah benar. Bererti dia berada dalam kebenaran. Dan ini mampu rnenghilangkan rasa takut dari apa yang mengancam keimanan yang dimilikinya. Berbagai ancaman, hadiah, aneka kemewahan itu sama sekali tidak mampu untuk mengikis kedudukan iman dihatinya. Kebenaran tetap bersemayam dan dipercayai sampai dia meninggal, bibirnya tetap berkumit mengucapkan:

"....Ya Tuhanku, bangunkanlah uniukku sebuah rumah di sisi¬Mu claim?: syurga dan selamatkardah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dare kaunt yang zalint."
(QS. M-Tahrim: II)
Allah SWT telah menerima doa Asiah. Bahkan salah satu hadits syarif meriwayatkan bahawa:
"Wanita-wanita yang paling baik kelak akan berada di syurga, iaitu; Khadijah, Fatimah, Maryam puteri harun, dan Asiah isteri Fir' aun."

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 comments:

Anonymous said...

proud to be one of thousand asiah's name ^^

Post a Comment

 
Banner Maker

ISLAM WAY OF LIFE Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by akamil6