Saturday, October 2, 2010

Lima tanda hati keras membatu



HATI adalah sumber ilham dan pertimbangan,
tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan
dan kekufuran, taubat dan sikap degil,
ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber
kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya
namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana
jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan
sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, s
edangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja
itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. J
ika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali,
di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah,
malah mungkin memandang ringan.
Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat,
atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah.
Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud,
“Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula)
menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah,
hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk,
dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya.
Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T
memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah
dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan
dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi
keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama
manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya
jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik,
bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati,
kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah
ketika larangan Allah dilecehkan orang.
Tidak mengamal yang makruf serta tidak
peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa
yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian,
sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang
kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur
sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian
itu sebagai nasihat.
“Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik)
memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau
dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga)
bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?” (Surah At-Taubah, ayat 126)

Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 
Banner Maker

ISLAM WAY OF LIFE Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by akamil6