Merupakan raja mimbar di kalangan kaum wanita, kerana kepandaian yang dimiliki dalam menyampaikan pidato. Dia merupakan seorang diplomat ulung dengan kepandaiannya berkata-kata. Seorang pejuang yang tabah, wanita terhormat. Termasuk pula di dalam golongan para ahli fikir dan ahli agama. Dialah tumpuan kaum wanita untuk menyampaikan keinginan dan tuntutan mereka.
Satu saat, mewakili kaum wanita Asma datang mengadap Rasulullah SAW yang saat itu sedang bersama para sahabat. Dia mengemukakan pertanyaan yang selama ini membebani mereka, kaum wanita.
"Ya...Rasulullah! aku mewakili kaum wanita menanyakan sesuatu kepada Anda. Bukankah Allah SWT mengutuskan Anda untuk semua ummat, baik wanita ataupun lelaki. Kami beriman kepadamu dan pada tuhanmu. Tetapi kami kaum wanita merasa, tersisih, tidak sama dengan kaum lelaki. Kami adalah golongan yang serba terbatas dan terkurung. Kerja kami hanya menunggu rumah kalian, memelihara dan mengandung anak kalian, dan menjaga tempat pemuasan nafsu kalian.
"Kami tidak pernah diberi kesempatan untuk melakukan sebagaimana hal kaum lelaki. Kita tidak diberi kesempatan mendapatkan pahala, Solat jum'at, menengok orang sakit, menghantar dan merawat jenazah, menunaikan haji, dan amalan yang paling utama iaitu jihad fisabilillah.
"Ketika kalian, kaum laki-laki pergi haji dan atau pergi berjihad, kami bertugas menjaga harta-harta kalian, menjahit pakaian kalian, dan menjaga anak kalian. Apakah dengan itu kami tidak menyertai kalian dalam perolehan pahala itu?"
Mendengar pertanyaan itu Rasulullah SAW berpaling dan menatap wajah-wajah mereka sebelum bertanya;
"Pernahkah kalian mendengar pertanyaan yang lebih baik dalam soal-soal agama selain dari wanita ini?"
"Ya...Rasulullah! Kami tidak pernah berfikir menyangka bahawa wanita itu akan bertanya demikian jauh, "jawab mereka spontan.
"Kau fahami dan sampaikan kepada kaummu, ya Asma. Kebaktianmu kepada suami dan usaha mencari keleraannya telah meliputi dan menyamai semua yang dilakukan oleh suami kalian, " jawab Rasulullah SAW.
Jawapan in tentunya mengembirakan hati Asma. Segera dia berlari pulang dan menyampaikan berita gembira tersebut kepada para wanita, kaumnya.
Asma binti Yazid telah meriwayatkan lebih dari lapan puluh hadith. Di antara yang meriwayatkannya itu adalah keluarganya, Mahmud bin Amru Al-Anshari, dan Abu Sofyan. Dari kalangan Mawali adalah Ibn Ahmad, Abdul Rahman bin Thabit As-Shamid Al-Anshari dan Majuhid bin Zubair. Selain mereka juga adalah Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasa'i, Ibnu Majah, Muhajir bin Abi Muslim, dan Syahar bin Hausyab.
Asma bin Yazid ikut serta dalam peperangan Yarmuk. Dalam peperangan ini dia berhasil membunuh sembilan orang Romawi dengan Tonggak khemahnya. Asma juga ikut dalam hari Fathu Makkah.
0 comments:
Post a Comment