Sunday, October 10, 2010

Istimewanya Dirimu Hawa



"Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 orang wali.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh.

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelaki yang jahat.

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak
hamil.

Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (susu badan) akan
dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang
pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan
mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur
yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang
sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih
sayang dan suami yang melihat isterinya dengan
kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh
rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumahtangganya akan masuk syurga 500
tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi
ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu
akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan
oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.

Wanita yang menguli tepung gandum
dengan "bismillah", Allah akan berkatkan
rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk
memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia
suka.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70
tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada
satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari
selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati
syahid.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.

Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah
Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri
kepada wanita yang memberati auratnya iaitu
memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

RENUNGKANLAH... WAHAI WANITA... …

Sungguh istimewa. Jadilah yang terbaik. Sebagai
anak, isteri dan ibu yang solehah. InsyaAllah..

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 
Banner Maker

ISLAM WAY OF LIFE Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by akamil6