Tuesday, July 17, 2012

Cantiknya Seorang Wanita




Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS..
Bukan karena merah kilauan lipstik..
Pada bibir memekar senyuman kosmetik..
Tetapi pada kepribadian terpelihara..
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA..
Tidak pada kulitnya mulus menggebu ..
Untuk menggoda pandangan nafsu mata..
Tetapi pada kehidupan terjaga..
Dari menjadi mangsa dunia..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA..
Tidak karena bijak meruntuhkan iman kaum Adam..
Sehingga turunkan insan ke dunia..
Tetapi menjdi pembakar semangat pejuang agama..
Menjadi penunjang perjuangan syuhada..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK..
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan..
Mengalir mutiara di kelopak mata..
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapak..
Pada hari kebangkitan bermula..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI..
Bukan hanya dalam rumahtangga..
Tetapi sentiasa bersama..
Menempuh badai disisi suami tercinta..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU..
Bukan karena kemewahan dimata..
Tetapi menjadi penghibur hati permata kehidupan..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU..
Bukan terletak pada kebangkitan anak..
Tetapi dibawah lembayung kejayaan..
Membuai anak dikala suami menjalin impian..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA..
Tidak karena berjaya menjadi permaisuri Istana..
Tetapi jalinan kasih sayang..
Tulus hati membagi kasih setara pada semua..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK..
Bukan memberi harta dunia..
Sehingga generasi lupa..
Tetapi menjadi pada pembimbing..
Menjaring teladan para anbiya pada anak bangsa..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA..
Bukan karena menyandang puncak dunia..
Tetapi bijak menangkis rintangan..
Peka membela nasib dan harkat negara..
Menjadi tulang belakang keteguhan semua..

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS..
Bukan karena menjadi sebutan..
Sehingga menjulang keegoan..
Tetapi dalam mencari ilmu..
Menyala obor mewangi setinggi profesi..

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH..
Bukan karena keindahan paras rupa..
Sehingga menjadi fitnah..
Tetapi berpegang Akidah Solehah..
Dibalik tirai jiwa..
Menggenggam rindu kekasih pasrah di atas sajadah..
Mengharap keridhaan kehidupan dunia akhirat..


Wednesday, April 6, 2011

ATIKAH BINTI ZAID BIN AMRU BIN NUFAIL



Seorang wanita penyair yang cantik, cerdas, isteri kepada Abdullah bin Abu Bakar Ash-Shiddiq. Kecantikan dan kepandaian Atikah ternyata ia mampu mengalahkan suaminya dari kegiatan yang lain, selain bersenang-senang dengannya. Bahkan perniagaan yang menjadi penghidupannya pun sampai dilalaikan.
Suatu hari Jum'at, Abu Bakar ra. tiba di hadapan mereka namun tak berjumpa dengan Abdullah. Ternyata mereka masih sibuk di kamar. Ketika pulang, Abu Bakar ra. pergi ke rumah mereka sekali lagi dan dilihatnya Abdullah dan isterinya masih sibuk bergurau di kamar mereka. Melihat demikian, Abu Bakar segera menegur anaknya;


Thursday, February 10, 2011

LAILA BINTI ABI HATSMAH BIN HUDZAIFAH


DIA termasuk wanita terkemuka di zamannya. Dia masuk Islam sejak lama dan berbaiat kepada Nabi SAW. Dia hijrah dua kali bersama suaminya. Amir bin Rabi'ah Al¬Anzi, kemudian hijrah ke Madinah.
Konon, dia adalah wanita pertama yang memasuki Madinah di waktu hijrah dan salat menghadap dua kiblat.
Laila berkata: Umar bin Khathab adalah orang yang paling keras terhadap kami mengenai keislaman.


HAMNAH BINTI JAHSYIN AL-ASADIYAH


Dia adalah saudara Ummul mukminin Zainab. Isteri Mush'ab bin Umair, yang terbunuh dalam Perang Uhud. Kemudian dia kahwin dengan Thalhah bin Ubaidillah dan melahirkan Muhammad dan Imran.
Dalam Al-Istii'aab Abu Umar berkata: "Hamnah termasuk wanita-wnita yang berbaiat dan ikut dalam Perang Uhud. Dia memberi minuet orang-orang yang haus, mengangkut orang-orang yang terluka mengubati mereka."


FATIMAH BINTI ABDUL MALIK


Jika and berziarah ke Damsyik, tujulah pasar kecil nan indah di sebelah masjid pasar A1-Qababiyah. Ada satu rumah berwarna hijau di salah satu lorong sempit di situ. Tanyakanlah....! maka akan Anda dengar jawapan, " itulah rumah pentimpin hesar dunia. khalifah Al-Mu'awiyah."Damaskas, Jum'at dibulan safar 99 H. Kota itu sepi, tiada kedai yang buka, apalagi orang-orang yang berkeliaran. Harnpir semua penduduk kota berkumpul di depan istana khalifah, dihalarnan yang terletak di harapan istana.


ASY-SYAFFA' BINTI ABDULLAH BIN


ASY-SYAFFAA' masuk Islam sebelum hijrah, kemudian dia hijrah ke Madinah. Maka dia termasuk wanita-wanita =ha* pertama. Rasulullah SAW pernah datang dan tidur siang di rumahnya.
Nabi SAW bersabda kepadanya: "Ajarilah Hafshah bacaan untuk menyembuhkan penyakit hisul, sebagaimana engkau ajari dia menulis."
Rasulullah SAW memberinya sebuah rumah di tempat para tukang celak. Maka dia iinggal disitu bersama puteranya.


Tuesday, February 8, 2011

Wanita mujahid yang agung


Sebuah Figur dart iman kepada Allah dan Rasul beserta lambang dari pengorhanan dan pemhclaan di jalan Allah. Sesungglihnya dia adalah wanita mujahid yang aping. Sebelum masuk Islam. dia keluar bersama suaminya untuk ikut dalam Perang Uhud. Suaminya adalah Ikrimah bin Abu Jahal, dan dia harus berdiri di dalam barisan musyrikin.


Wanita yang menjadi pengasuh Rasulullah


Adalah anak yatim mendapatkan ganti pada selain ibunya, berupa kasih sayang dan pemeliharaan, seba¬gaimana dilakukan oleh Ummu Aiman. Berikut ini adalah kisahnya dari awal hingga akhir. Ketika itu penduduk Mekah sedang merayakan kemenangan terhadap tentera Gajah, sementara Aminah binti Wahb lebih suka mengasingkan diri dan tinggal sendirian. Dia ingin herbahagia dengan janin yang dirasakannya dalam kandungan.


Saturday, December 4, 2010

Asma Binti Yazid




Merupakan raja mimbar di kalangan kaum wanita, kerana kepandaian yang dimiliki dalam menyampaikan pidato. Dia merupakan seorang diplomat ulung dengan kepandaiannya berkata-kata. Seorang pejuang yang tabah, wanita terhormat. Termasuk pula di dalam golongan para ahli fikir dan ahli agama. Dialah tumpuan kaum wanita untuk menyampaikan keinginan dan tuntutan mereka.


Sunday, October 10, 2010

Istimewanya Dirimu Hawa



"Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 orang wali.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh.

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelaki yang jahat.


Saturday, July 24, 2010

Faktor yang merendahkan martabat wanita



Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.


Faktor-faktor tersebut ialah:


Ciri-ciri Wanita Solehah



Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.


Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :


 
Banner Maker

ISLAM WAY OF LIFE Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by akamil6