Tuesday, July 17, 2012

Cantiknya Seorang Wanita




Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS..
Bukan karena merah kilauan lipstik..
Pada bibir memekar senyuman kosmetik..
Tetapi pada kepribadian terpelihara..
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA..
Tidak pada kulitnya mulus menggebu ..
Untuk menggoda pandangan nafsu mata..
Tetapi pada kehidupan terjaga..
Dari menjadi mangsa dunia..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA..
Tidak karena bijak meruntuhkan iman kaum Adam..
Sehingga turunkan insan ke dunia..
Tetapi menjdi pembakar semangat pejuang agama..
Menjadi penunjang perjuangan syuhada..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK..
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan..
Mengalir mutiara di kelopak mata..
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapak..
Pada hari kebangkitan bermula..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI..
Bukan hanya dalam rumahtangga..
Tetapi sentiasa bersama..
Menempuh badai disisi suami tercinta..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU..
Bukan karena kemewahan dimata..
Tetapi menjadi penghibur hati permata kehidupan..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU..
Bukan terletak pada kebangkitan anak..
Tetapi dibawah lembayung kejayaan..
Membuai anak dikala suami menjalin impian..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA..
Tidak karena berjaya menjadi permaisuri Istana..
Tetapi jalinan kasih sayang..
Tulus hati membagi kasih setara pada semua..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK..
Bukan memberi harta dunia..
Sehingga generasi lupa..
Tetapi menjadi pada pembimbing..
Menjaring teladan para anbiya pada anak bangsa..

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA..
Bukan karena menyandang puncak dunia..
Tetapi bijak menangkis rintangan..
Peka membela nasib dan harkat negara..
Menjadi tulang belakang keteguhan semua..

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS..
Bukan karena menjadi sebutan..
Sehingga menjulang keegoan..
Tetapi dalam mencari ilmu..
Menyala obor mewangi setinggi profesi..

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH..
Bukan karena keindahan paras rupa..
Sehingga menjadi fitnah..
Tetapi berpegang Akidah Solehah..
Dibalik tirai jiwa..
Menggenggam rindu kekasih pasrah di atas sajadah..
Mengharap keridhaan kehidupan dunia akhirat..


Monday, June 4, 2012


Assalamualaikum,

Dah lama ak tak update blog nie... agak berserabut blog aku nie.... huhu.... dulu ade masa gak ak update blog nie.... bila dah mula kerja,  masa ak dh x de nk update blog nie... Sibuk wat bisnes... kena mula balik tulis blog nie... best jugak tulis blog nie... dh  banyak coding blog yang ak dh lupa... biasa la... bila sibuk dengan kejar dunia abis benda lain ak lupa... hehe...  tahun nie azam nk kluar 4 Bulan IPB... InsyaAllah... Amin...

kamil- at Bandar Penawar - 4.12 pagi..


Tuesday, August 2, 2011

Ganjaran bulan Ramadhan




wow....banyak betul ganjaran blan ramadhan....rugi klu x amalkn dgn sempurna....


Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan




Bulan ramadhan yang mubarak adalah satu anugerah yang sangat bernilai dari Allah kepada umat islam. Ia akan bernilai sekiranya kita benar-benar menghargainya kedatangan bulan ramadhan.
Dlm satu hadith " sekiranya manusia mengetahui apakah itu Ramadhan, maka umatku akan berkeinginan bahawa sepanjang thn adalah ramadhan." Berpuasa pada bulan ramadhan dan berpuasa 3hari setiap bulan akan menghilangkan kekotoran dan was-was di dalam hati.
Dlm kitab muslim terdpt satu hadith menyatakan bahawa sahabat2 r.a.hum telah berhenti disuatu tempat dlm satu perjalanan ghazwah. Keadaan cuaca adalah terlalu panas dan kedhaifan begitu sekali sehingga setiap org tidak mempunyai kain yg cukup untuk melindungi diri dari kepanasan matahari. Ramai diantara mereka yg melindungi diri mereka dari cahaya matahari dengan tangan-tangan mereka sahaja. Dalam keadaan demikian pun ramai diantara mereka yang masih berpuasa sehingga tidak mampu lagi untuk berdiri lalu menyebabkan mereka jatuh.
Pastinya ada sesuatu kelebihan sehingga para sahabat nabi tetap menjaga puasa mereka walaupun telah berkali-kali diberi izin oleh Rasullah SAW untuk berbuka. Sejauh manakah perbeza kita dgn para sahabat????? Kehidupan kita penuh dgn kemewahan. Hidup dlm keadaan selesa. Asbab kehidupan penuh dlm kehidupan kita, tetapi sejauh manakah kita dpt menandingi amalan para sahabat walaupn kehidupan mereka penuh dengan kesusahan, kedhaifan, kelaparan, kepanasan dan bnyak lagi dugaan hidup. kalau nk dibandingkan dgn kehidupan kita.....yang mana satu kesusahan dlm kehidupan kita???? semakin senang kehidupan kita, semakin susah kita nk amalkan agama.....renung-renungkan...
...............................................................................................................
...............................................................................................................
.........................Selamat Menyambut Ramadhan.................................
...............................................................................................................
...............................................................................................................
*ghazwah----jihad yang mana nabi turut sama dgn sahabat


Friday, July 22, 2011

Cara letak banner iklan


Dibawah adalah kod yang perlu anda copy dan paste pada HTML/Javascript widget.



LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN
LETAK MAKLUMAT IKLAN







Advertise Now!



 
Banner Maker

ISLAM WAY OF LIFE Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by akamil6