Sunday, May 8, 2011

Al-Khansa


Al-Khansa bernakna isteri Tamadzur binti Amru As-Sa¬lami Mudzariyah dari suku Mudzar yang merupakan suku tertinggi dan terhormat dalam keturunan dan suku dari semua suku yang ada di keputauan Arab. Al-Khansa adalah wanita penyair yang menonjol kerana syairnya yang mengkagumkan di zaman Jahiliyah. Setelah masuk islam, syair-syair itupun menjadi mink Islam. Selain itu, dia juga terkenal sebagai seorang ibu yang memberi dorongan yang kuat kepada putera-puteranya untuk berjihad. Dengan kesabaran dan ketabahnnya dia menerima berita bahawa semua anaknya telah mati syahid satu demi satu dalam satu peristiwa iaitu dalam peperangan Qadisiah
Syair-syair yang diciptakan, baik untuk mendorong semangat para mujahid ataupun sebagai rintihan rasa kesedihan amat mengkagumkan pendengarnya. Hampir semua yang dirasakan dikeluarkan dalam bentuk syair atau nyanyian yang memikat. Dia mempunyai empat orang anak laki-laki dan dua orang saudara, yang kesemuanya syahid dalam menegak kalimah Allah SWT. Di zaman Jahiliyah, Al-Khansa telah terkenal sebagai seorang wanita Arab yang merdeka dan terkenal. Di zaman Islam, dia merupakan contoh wanita yang mempunyai kebesaran jiwa melebihi wanita yang lain. Keberanian putera-puteranya, keluhuran akhlak mereka, kefasihan lidah, dan keahlian mereka dalam bersyair menjadikan wanita ini termasyhur sebagai wanita yang berhasil sebagai ibu dan pantas
Kesedihan AI-Khansa lama juga sampai dia masuk islam bersama seluruh keluarganya dia datang kepada Rasulullah SAW untuk berbaiah. Di hadapan Rasulullah SAW dia menumpahkan semua isi hatinya. Keyakinan yang ditanamkan oleh Rasulullah mampu meringankan heban kesedihannya. Ketika dia keluar dari tempat Rasulullah SAW, menjadilah is AI-Khansa dengan jiwa bans yang penuh dengan iman dan kesabaran. Kesedihan memang masih terbayang diwajahnya, namun sekadar mengingati saja. Tidak lagi keterlaluan sebagaimana yang dia lakukan sebelumnya. Tidak lagi melakukan hal-hal yang dilarang oleh agama yang barn dipeluknya.
Kematian saudaranya itu begitu memukul hatinya, kesedihannya masih terbawa sampai zaman khalifah Umar bin Khathab ra. Ketika saat itu Umar melihat AI-Khansa meratap di hadapannya. Umar menegurnya dengan keras sambil berkata;
"Sudahlah...yang kau tangisi itu sudah binasa di zaman Jahiliyah. Mereka kelak adalah calon penghuni neraka."
"Justeru itulah yang membuatkan aku semakin bersedih. Jika dulu aku menangis untuk memberi pembalasan. dan sekarang aku menangis kerana api neraka itu, " .jawab Al-Khansa.
Kembali dia menangis, dan melihat demikian hiba hati Umar ra. sambil menoleh kepada para sahabat yang ada, beliau berkata;
"Biarkan dia dengan rati...dannya!"
Untuk mencurahkan kesedihannya, AI-Khansa meninggalkan tempat Umar ra. dan menuju mina Ummu Al Mukminin Aisyah ra. Di sini dia rnenumpahkan semua kesedihan, yang kemudian diberi pengertian oleh Aisyah ra. Akhirnya iman, sabar, dan
inenjadi teladan.
Dua saudara laki-laki mati terbunuh, iaitu Mu'awiah yang terbunuh dalam peperangan dengan Bani Murrah. Saudaranya satu lagi bernama Shakhr, yang meninggal kerana sakit terkena tusukan tombak. ketakwaan AI-Khansa semakin mantap. Dia selalu ikut serta dalam setiap perjuangan demi tegakkan Islam. Tidak tunggu didorongnya pula empat orang anaknya untuk mencari syahid. Iaitu pada tahun 14 H saat terjadi perang Qadisiah. Al-Khansa datang bersama keempat orang anaknya untuk ikut bergabung bersama ummat muslimin lainnya. Mereka diberi bekal berupa dorongan dan semangat dengan kata-kata yang menyala-nyala;
"Wahai putera-puteraku! Kalian masuk Islam dengan penult kesedaran. Kalian berhijrah dengan penuh kerelaan. Demi Allah, tiada Tuhan selain Dia. Kalian adalah empat bersaudara dan satu ayah dan satu ibu. Aku tidak akan mencampuri kehormatan kalian, apalagi ketuhanan kalian. Aku juga tidak mengkhianati ayah kalian, tetapi kalian telah mengetahui, apa yang dijanjikan bagi kaum muslimin yang memerangi kaum Kafir. Sedarilah...! Kehidupan akhirat lebih kekal dan lebih baik dan kehidupan dunia yang sementara ini. Pergunakanlah kesempatan hidup di dunia ini. Bulatkan tekad dan kesabaran kalian. Bertakwalah kalian selalu agar apa yang kau inginkan berhasil.
Wahai putera-puteraku! Jika kalian lihat api peperangan telah berkemuncak dan menjadi dahsyat, masuklah kalian dengan semangat yang menyala-nyala. Di sanalah kalian akan menemukan keuntungan dan kehormatan di alam yang abadi dan kekal."
Berbekalkan semangat yang dipupukkan oleh ibunya itu, keempat anak Al-Khansa pun berangkat ke medan perang dengan penuh iman dan keberanian. Tujuan mereka saw, iaitu mencari Syahadah. Dan setelah itu diperolehi mereka gugur dalam pertem¬puran itu. Sementara ummat Islam memperolehi kemenangan. Al-¬Khansa menerima khabar keadaan puteranya dengan penuh sabar. Bahkan kebanggaan tumbuh dihatinya, melihat putera-puteranya menjadi syahadah dalam pertempuran Abrar itu. Dia berkata;
"Alhamdulillah...! Allah telah mengutamakan dan memberi kurnia padaku dengan kematian anak-anakku sebagai syuhada. Aku mengharap, semoga Allah mengumpulkan aku dan mereka di dalam rahmat-Nya kelak."
Islam memang hebat! kekuatan iman dan keindahan kesabaran yang dirniliki pemeluknya mampu membuat mereka yang mempercayainya berubah sama sekali.. Seperti Al-Khansa. Di zaman sebeluin masuk Islam. kesedihan akan kematian saudaranya membuat dia tidak mampu berbuat lain, selain meratap dan menangis sedih. Bahkan sampai di hadapan Rasulullah SAW dan Umar ra. kesedihan itu masih terbawa juga.
Keadaan itu berbalik seratus lapan puluh derajat, ketika hal yang sama melanda keempat puteranya sekali gus. Bukan ratapan yang muncul, namun sebaliknya. Dengan iman dan kesabarannya, dia mendorong putera-puteranya untuk berangkat. Dan dengan iman dan kesabaran pula dia menerirna kedatangan jenazah anak-anaknya yang gugur di medan. Bahkan dia merasa gembira mendapat rahmat yang sedemikian besarnya. Keempat-empat anaknya dikehendaki Allah untuk gugur sebagai syuhada.
Memang Al-Khansa adalah seorang pilihan yang pantas dicontohi sebagai wanita Solehah yang mukminah, pula derrnawan. Seorang wanita yang cinta kepada saudaranya, isteri yang jujur buat suaminya, serta ibu yang tegas untuk anak-anaknya. lbu yang selalu berusaha agar anak dan dirinya dapat berbuat baik dan bersabar dengan iman atas semua yang menimpa diri mereka.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 
Banner Maker

ISLAM WAY OF LIFE Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by akamil6